DORAYAKI DORAEMON!!!

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini..amin..

fuhh! dah lama benor tak update blog masakan aku neh..haha..sejak cuti neh aku jadi malas pulak..then, tetiba sekarang mood tu datang balik..haha..entah pape la..

so, this time aku nak share resepi DORAYAKI!!! yeahh! dorayaki yang doraemon suka giler makan tuh la..haha..disebabkan sekarang ni bulan puasa..maka, nafsu makan tu semakin menjadi-jadi..hehehe.. tadi dok tengok resepi kat myresipi.com, terjumpa la resepi dorayaki nih..so, kuih untuk buka puasa hari ni adalah.....tidak lain tidak bukan ialah...DORAYAKI!!! hahaha..semangat btol kan? haha..

okay la..here we go the recipe of doraemon dorayaki..


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

                                                          la kuih dorayaki nyer..huhu


then, ciap untuk dimakan..ouhh..kena tunggu azan maghrib dulu..hehe.
okay lah..aku chow ulu..next time share resepi lagi..Assalamualaikum..:-)

p/s : jangan makan gelojoh macam doraemon & jangan lupa baca doa sebelum makan tau..hihi..^_^v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment